I have asked, invited, requested, appealled to the Federal Government especially through Dato Ismail Sabri Menteri Belia dan Sukan to close rank, leave politics behind and work closely together for the benefit of youth and sports in Penang and ultimately Malaysia. But they just wouldn’t listen. They just wouldn’t learn!
What’s the problem with them? Youths in Penang, atheletes in Penang, aren’t we Malaysians. Why is Barisan Nasional neglecting us? It’s frustrating to have to work with these fullblown politicians. Why can’t we just concentrate on important issues and not spend all their time politicking!!
Anyway, the frustrated Sports Excos from five Pakatan States issued a joint media statement today on the latest acts against Pakatan States by Youth and Sports Ministry in sports related matters.
——————–
K E N Y A T A A N M E D I A
07 OGOS 2008
Menteri Belia dan Sukan Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Tanpa Melibatkan Ahli Exco daripada 5 Negeri-Negeri Pakatan Rakyat
Kami sebagai Pengerusi Jawatankuasa berkaitan dengan sukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan ingin merakamkan rasa kecewa terhadap Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Ismail Sabri Bin Abdul Yaakob di atas pengendalian Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang bertanggungjawab menguruskan dan mengelolakan Sukan Malaysia (SUKMA).
Jawatankuasa Tertinggi SUKMA ini dianggotai oleh setiap Ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal sukan di negeri masing-masing. Mesyuarat Jawatankuasa tersebut diadakan untuk membincangkan hal-hal penganjuran SUKMA termasuklah dasar-dasar yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada 15 haribulan Julai 2008 yang lepas, suatu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA telah diadakan tanpa menjemput Ahli Exco mahupun Pengarah Majlis Sukan Negeri daripada negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat. YB Dato Ismail Sabri sendiri telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang antara lain telah membincangkan jumlah acara yang akan dipertandingankan serta penyertaan di SUKMA oleh atlit-atlit kebangsaan ke Olimpik.
Sehingga kini, tiada sebarang minit ataupun surat rasmi telah dihantar kepada pejabat kami tentang mesyuarat tersebut mahupun tentang perkara yang telah dibincang ataupun keputusan yang dibuat dalam mesyuarat.
Maklumat tentang mesyuarat dan beberapa keputusan Jawatankuasa telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 16 haribulan Julai 2008.
Kami selaku Ahli Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal sukan negeri masing-masing ingin meminta YB Dato Ismail Sabri untuk memberi penjelasan kepada Rakyat dan Kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat tentang apa yang telah berlaku. Tanpa kehadiran daripada Ahli Exco daripada 5 negeri Pakatan Rakyat, sebarang keputusan tentang SUKMA yang dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA adalah tidak adil dan justeru, tidak sah.
Sekian.
Kenyataan Media Bersama oleh,
YB Puan Ong Kok Fooi
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang
YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalib Bin Ibrahim
Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah
Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri,
Belia dan Sukan Negeri Selangor
YB Dr. Hamdan Bin Mohamad Khalib,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.
YB Tuan Seah Leong Peng
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan
Belia dan Sukan Negeri Perak
YB Tuan Abdul Fattah Bin Hj. Mahmood
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan
Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan
[...] See my boss’ blog on her disappointment with the Youth and Sports Ministry and a joint press statement from Sports Exco of 5 Pakatan Rakyat states: They Just Wouldn’t Learn – Jawatankuasa Tertinggi SUKMA [...]
they are only good at buying some equipments at a very expensive price.