KOMTAR Event Night and Penang Youth Day Carnival

My Office will be holding two Youth related events this weekends. 

On the 21st of June (Saturday), there’ll be a KOMTAR EVENT NIGHT at the site where the Pasar Ramadan was usually held during the Puasa month. It’ll be nonstop music from 8pm until 10.30pm. Datang beramai-ramai!

 

On the 22nd of June (Sunday), at Autocity, Juru, we’ll be hosting a KARNIVAL HARI BELIA PULAU PINANG 08 in conjuction with state level Youth Day celebration. The Carnival will be from 12pm upto 11pm, with musics, dance, exhibitions, food discounts and most importantly freebies! Yup, Datanglah beramai-ramai!

 

PRESS STATEMENT

17 June 2008

 

MALAM BELIA DI KOMTAR

 

 

Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Malam Belia di KOMTAR. Program ini sememangnya pernah disebut oleh saya pada masa lalu dan saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Malam Belia di KOMTAR yang pertama akan diadakan pada hari minggu ini juga, butir butir adalah seperti berikut:

 

Tarikh              : 21 Jun 2008

Masa                : 8pm – 11pm

Tempat : Pejalan kaki KOMTAR (Tapak Pasar Ramadhan)

 

Objektif program ini adalah:

  1. menggalakkan interaksi yang sihat di kalangan belia di Pulau Pinang yang membolehkan para belia mengembangkan rangkaian mereka dalam suatu persekitaran yang sihat dan selamat
  2. mempromosikan bakat anak-anak tempatan dalam bidang musik, kugiran, tarian, kebudayaan, fesyen, sukan dan sebagainya
  3. untuk mengelakkan para belia daripada terjerumus ke dalam budaya yang negatif seperti dadah, minuman keras dan ketagihan bermain komputer.

Program ini akan dijalankan setiap bulan pada Sabtu yang ke-tiga dan jika sambutan baik, saya akan mempertimbangkan untuk Malam Belia di KOMTAR ini untuk diadakan setiap hari Sabtu.

Antara aturcara menarik bagi Malam Belia di KOMTAR yang julung kali pada hari minggu ini ialah persembahan 6 kumpulan “band” (kugiran) yang terdiri daripada anak-anak tempatan. Saya sedia memberi pentas kepada anak-anak muda ini untuk menunjukkan bakat mereka, mana tahu, satu hari nanti, mereka akan menjadi artis terkenal antarabangsa yang setanding dengan The Beetles. Saya amat berharap orang remain terutamanya mereka yang tinggal di sebelah Georgetown boleh turun ke tapak program pada 21hb Jun ini unuk memberi sokongan kepada program yang amat bermakna ini.

 

KARNIVAL HARI BELIA PULAU PINANG 08

Sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan  Negeri Pulau Pinang juga akan menganjurkan suatu Karnival Hari Belia Pulau Pinang sempena dengan sambutan Hari Belia 2008 peringkat negeri.

 

Butir-butir Karnival adalah seperti berikut:

 

Tarikh              : 22 Jun 2008

Masa                : 12pm – 11pm

Tempat : Autocity, Juru

 

Objektif-objektif utama Karnival tersebut adalah:

1.      Meraikan aktiviti-aktiviti belia

2.      Mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap aktiviti-aktiviti belia masa kini khususnya melalui pertubuhan-pertubuhan belia negeri dan aktiviti-aktiviti riadah yang sihat seperti musik, tarian, kesenian dan sbg.

3.      Memupukkan semangat harmoni, perpaduan dan persahabatan di kalangan belia

4.      Memberi peluang kepada pertubuhan-pertubuhan belia negeri untuk menarik ahli-ahli baru terutamanya daripada golongan generasi muda

 

Pelbagai aturcara telah disediakan bagi mencapai objektif-objektif di atas.

 

Antaranya termasuk pameran pertubuhan belia di mana lebih kurang 30 buah pertubuhan belia telah dijemput untuk menjalankan pameran yang bertujuan untuk memperkenal dan mempromosikan aktiviti dan fungsi pertubuhan belia kepada orang ramai khususnya golong belia dan seterusnya menarik ahli-ahli baru terutamanya daripada generasi muda.

 

Selain daripada itu, pelbagai aktiviti kegemaran belia juga akan dijalankan di sepanjang Karnival tersebut, antaranya:

  1. “indie music”
  2. tarian tradisional
  3. tarian moden hip hop”
  4. sukan basikal stunt
  5. bazaar kreatif
  6. pertandingan “treasure hunt”

Pengunjung-pengunjung ke Karnival juga akan berpeluang untuk mendapat pelbagai hadiah istimewa termasuklah tiket konsert 988 (artis-artis terkenal Asia), diskaun 20% di restoran-restoran terpilih di Autocity dan peluang untuk memenangi hadiah lumayan dalam cabutan bertuah. Mereka juga berpeluang mencuba sukan-sukan mencabar seperti “Flying Fox”, “ATV Ride” dan “Paintball Target Shooting”, semuanya percuma.

 

Kerajaan Negeri ingin memperkenalkan suatu gaya hidup alternatif yang sihat yang berunsurkan kebudayaan, kesenian dan sukan kepada para belia di Pulau Pinang. Aktiviti-aktiviti yang disediakan di sepanjang Karnival, termasuk pameran pertubuhan belia, saya percaya adalah amat memberansang dan mencabar dan boleh menawan minat para belia.

 

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah menunjukkan sokongan padu beliau kepada aktiviti-aktiviti belia di Pulau Pinang dan telah bersetuju dalam kesibukan jadual kerja untuk hadir pada majlis sebelah malam bagi merasmikan penutup Karnival. Saya sendiri akan melancarkan pembukaan Karnival pada sebelah siang.

 

Selain itu, saya juga telah berhubung dengan Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri, Menteri Belia dan Sukan untuk turut hadir sebagai dif kehormat dan memberi pesanan beliau kepada para belia tetapi beliau terpaksa berada di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ini. Pejabat saya masih menunggu keputusan Yang Berhormat Dato’ untuk menghantar wakil bagi menyerikan lagi Karnival ini.

 

Oleh itu, saya berharap orang ramai akan mengosongkan hari minggu bagi melawat ke Karnival Hari Belia Pulau Pinang ini. Jadikanlah Karnival ini sebagai hari keluarga anda atau hari bergembira bersama rakan-rakan. Saya menggalakkan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka ke Karnival ini bagi membolehkan anak-anak muda menjelajah gaya hidup alternatif yang sihat supaya mereka dapat menyalurkan tenaga dan kreativiti mereka kea rah aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

 

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: