Karnival Hari Belia Pulau Pinang

It was a wonderful Karnival at Autocity today. The morning was raining a bit and at midday when we were scheduled to start, the rain started pouring again. I was to open the Karnival at 2pm and we got it on the dot!

Hopefully my camera folks will get the photos ready soon.

But it was a tiring day, I was at the Karnival site at 1pm until I left just now at about 12a.m.! Phew…

Overall, it was a great event, the crowd was there and from the feedback I received, the young people are very glad and happy now that the new State Government is finally “speaking their language”. I found that my role as Youth and Sports EXCO is rather unique. It’s not just another VIP-sort of position. If I assume the position of a straight jacket VIP, I may not be able to reach out effectively to the youth. I want to be their friends instead! To be someone approacheable, whom they can trust with their growth and development. It’s a huge task, and ppl out there will definitely criticize me. But I know I will do my best for my portfolio and for that my conscience is clear. 🙂

Anyway, my little speech today

———-

Opening


Saya amat gembira sekali dapat bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan pada Ahad yang indah ini untuk berpesta di Autocity!

Karnival kali ini merupakan suatu penghargaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru kepada para belia terutamanya daripada pertubuhan-pertubuhan belia negeri. Oleh itu, kita datang berpesta di sini pada hari ini untuk meraikan aktiviti-aktiviti belia negeri Pulau Pinang.

Kehadiran dan penglibatan tuan tuan dan puan puan seterusnya telah memberi semangat dan dorongan kepada saya selaku EXCO Belia dan Sukan negeri untuk terus berkhidmat bagi kemajuan belia di negeri kita. Sebab belia bukan sahaja golongan pelapis, tetapi belia merupakan sumber manusia yang amat berharga pada hari ini juga. Oleh itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil berat tentang perkembangan golongan belia termasuk pembangunan pergerakan dan pertubuhan belia negeri.

Buat masa kini, saya mempunyai visi untuk mengalakkan para belia untuk berkecimpung dalam bidang kesenian, kebudayaan dan sukan. Saya percaya penglibatan belia dalam bidang-bidang ini akan membolehkan pertumbuhan yang lebih holistik dan seterusnya menjana suatu generasi belia yang progresif dan sedia menghadapi cabaran globalisasi yang semakin sengit.

Pintu pejabat saya sentiasa terbuka bagi tuan-tuan dan puan puan untuk memberi maklum balas ataupun cadangan bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh bekerjasama dengan kalian semua bagi mencapai objektif kita untuk melahirkan golongan belia yang dinamik dan menyeluruh. Seperti kata-kata Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, “treat us as your friends”. Saya sudi menjadi rakan dan rakan kongsi kalian untuk bersama-sama membangunkan para belia di negeri kita.

Akhir sekali, syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur, kepada Majlis Belia Negeri dan semua pihak yang telah bekerja bertungkus lumus untuk menjayakan Karnival ini.

Dengan itu, saya dengan sukacitanya melancarkan Karnival Hari Belia Pulau Pinang 2008. Jom Berpesta!

Sekian Terima Kasih.

Closing
Semasa saya melancarkan Karnival Hari Belia Pulau Pinang pada pukul 2 petang tadi, saya dah dapat merasakan kemeriahan semangat berpesta hari ini. Dan sesungguhnya, kemeriahan tersebut telah berterusan sehinggalah kemuncaknya sekarang. Syabas kepada jawatankuasa penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.

Saya berasa amat gembira kerana objektif untuk membawa perhatian kepada orang ramai terhadap aktiviti-aktivit belia terutamanya melalui pertubuhan belia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang mendapat mandat majoriti pada pilihan raya yang lepas akan sentiasa peka kepada keperluan para belia dan akan berusaha untuk mewujudkan pelbagai peluang bagi pembangunan golongan belia di negeri Pulau Pinang.

Belia bukan saja golongan pelapis negara tetapi pada zaman kini, belia merupakan sumber manusia utama yang amat penting kepada kejayaan sesuatu masyarakat. Saya percaya dengan mendedahkan para belia kita kepada ilmu pengetahuan di luar bilik darjah, kepada aktiviti berunsurkan kesenian, kebudayaan dan sukan, kita akan berupaya melahirkan para belia yang lebih dinamik dan menyeluruh. Karnival ini telah dirancang berlandaskan objektif ini. Dan ini hanya merupakan langkah pertama kita.

Antara rancangan Pejabat Belia dan Sukan Negeri termasuklah menganjurkan Malam Belia di KOMTAR pada Sabtu ke-tiga setiap bulan. Sukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa Malam Belia yang pertama telah berjalan dengan lancar semalam. Aktiviti ini ialah untuk memberi pentas ataupun ruang kepada para belia yang berbakat dari segi musik, tarian, kesenian, sukan atau dalam bidang keusahawanan untuk menjelajah dan menonjolkan bakat-bakat mereka kepada masyarakat umum.

Saya juga telah menemui Yang Berhormat Dr. Hamdan, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah pada beberapa minggu yang lalu dan kami telah membincangkan peluang kerjasama antara kerajaan negeri Pakatan Rakyat bagi membangunkan aktiviti belia di negeri Pakatan Rakyat khasnya dan di seluruh Malaysia secara amnya. Salah satu aktiviti yang telah dicadangkan ialah suatu konvensyen seni mempertahankan diri yang kini sedang dalam perancangan. Konvensyen ini akan memaparkan pelbagai seni mempertahankan diri tradisional dan moden dan akan melibatkan ahli-ahli seni mempertahankan diri daripada seluruh Malaysia.

Ini semua merupakan initiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru untuk membawa fokus masyarakat kepada golongan belia dan golongan anak-anak muda. Segala aktiviti dan fokus ini saya percaya merupakan satu perlaburan yang penting, terutamanya dalam bidang sumber manusia negara di masa hadapan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada para peserta yang menyertai Karnival ini, syabas kepada Jawatankuasa Penganjur, kepada Majlis Belia Negeri kerana berjaya menganjurkan Karnival yang hebat ini. Sekian, terima kasih.

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: