They Just Wouldn’t Learn – Jawatankuasa Tertinggi SUKMA

I have asked, invited, requested, appealled to the Federal Government especially through Dato Ismail Sabri Menteri Belia dan Sukan to close rank, leave politics behind and work closely together for the benefit of youth and sports in Penang and ultimately Malaysia. But they just wouldn’t listen. They just wouldn’t learn!

What’s the problem with them? Youths in Penang, atheletes in Penang, aren’t we Malaysians. Why is Barisan Nasional neglecting us? It’s frustrating to have to work with these fullblown politicians. Why can’t we just concentrate on important issues and not spend all their time politicking!!

Anyway, the frustrated Sports Excos from five Pakatan States issued a joint media statement today on the latest acts against Pakatan States by Youth and Sports Ministry in sports related matters.

——————–

K E N Y A T A A N      M E D I A

 

07 OGOS 2008

 

Menteri Belia dan Sukan Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Tanpa Melibatkan Ahli Exco daripada 5 Negeri-Negeri Pakatan Rakyat

 

Kami sebagai Pengerusi Jawatankuasa berkaitan dengan sukan di negeri-negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan ingin merakamkan rasa kecewa terhadap Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Ismail Sabri Bin Abdul Yaakob di atas pengendalian Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang bertanggungjawab menguruskan dan mengelolakan Sukan Malaysia (SUKMA).

 

Jawatankuasa Tertinggi SUKMA ini dianggotai oleh setiap Ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal sukan di negeri masing-masing. Mesyuarat Jawatankuasa tersebut diadakan untuk membincangkan hal-hal penganjuran SUKMA termasuklah dasar-dasar yang berkaitan. Walau bagaimanapun, pada 15 haribulan Julai 2008 yang lepas, suatu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi  SUKMA telah diadakan tanpa menjemput Ahli Exco mahupun Pengarah Majlis Sukan Negeri daripada negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat. YB Dato Ismail Sabri sendiri telah mempengerusikan mesyuarat tersebut yang antara lain telah membincangkan jumlah acara yang akan dipertandingankan serta penyertaan di SUKMA oleh atlit-atlit kebangsaan ke Olimpik.

 

Sehingga kini, tiada sebarang minit ataupun surat rasmi telah dihantar kepada pejabat kami tentang mesyuarat tersebut mahupun tentang perkara yang telah dibincang ataupun keputusan yang dibuat dalam mesyuarat.

 

Maklumat tentang mesyuarat dan beberapa keputusan Jawatankuasa telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 16 haribulan Julai 2008.

 

Kami selaku Ahli Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal sukan negeri masing-masing ingin meminta YB Dato Ismail Sabri untuk memberi penjelasan kepada Rakyat dan Kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat tentang apa yang telah berlaku. Tanpa kehadiran daripada Ahli Exco daripada 5 negeri Pakatan Rakyat, sebarang keputusan tentang SUKMA yang dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi SUKMA adalah tidak adil dan justeru, tidak sah.

 

Sekian.

 

Kenyataan Media Bersama oleh,

 

YB Puan Ong Kok Fooi

Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pulau Pinang

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang

 

 

YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalib Bin Ibrahim

Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tanah
Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri,

Belia dan Sukan Negeri Selangor

 

 

YB Dr. Hamdan Bin Mohamad Khalib,

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Kedah.

 

 

YB Tuan Seah Leong Peng

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan

Belia dan Sukan Negeri Perak

 

 

YB Tuan Abdul Fattah Bin Hj. Mahmood

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan

Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan

 

 

 

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Comments

  • ndru  On August 12, 2008 at 3:34 pm

    they are only good at buying some equipments at a very expensive price. 🙂

Trackbacks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: