Press Statement: PEJABAT EXCO BELIA DAN SUKAN DAN PAS NEGERI PULAU PINANG MENCAPAI PERSETUJUAN KEMPEN IDANCE 2008

 

K E N Y A T A N    M E D I A

 

07 DISEMBER 2008

 

Bukit Mertajam – Pejabat Exco Belia dan Sukan telah mengadakan satu mesyuarat tertutup dengan wakil daripada PAS Pulau Pinang semalam berikutan bantahan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang terhadap kempen IDance, iaitu suatu usaha untuk menggalakan tarian “street dance” sebagai aktiviti riadah yang sihat di kalangan belia. Kempen yang berjalan sejak bulan Julai 2008 dan akan berkemuncak pada akhir bulan Disember 2008 ini didokong oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

 

Mesyuarat yang berlangsung lebih sejam tersebut dihadiri oleh kira-kira 20 orang wakil daripada kedua-dua pihak termasuk Yang Berhormat Puan Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, Pembantu Khas Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Soid Bin Mohd. Amin, Ketua Dewan Ulamak PAS dan Mohd Fadzil Kemi, Setiausaha PAS Pulau Pinang.


Bantahan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang adalah berikutan kebimbangan aktiviti ini akan menambahkan masalah sosial di kalangan lapisan masyarakat.  Setelah mendapat penjelasan tentang objektif-objektif serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kempen IDance, kedua-dua pihak telah mencapai suatu persetujuan positif tentang kempen tersebut.

 

Antara objektif-objektif kempen IDance termasuk:

 

  1. Memperkenalkan “street dance” kepada para belia Pulau Pinang sebagai suatu aktiviti riadah yang sihat untuk mengisi masa lapang
  2. Menentang gejala social negative seperti budaya melepak, vandalism, masalah mat rempit, penyalahgunaan alkohol dan dadah.
  3. Membentuk “belia contoh” yang bersasiah dan mempunyai gaya hidup sihat

 

Semua aktiviti semasa kempen IDance diadakan di tempat awam dan di bawah pengawasan pihak guru, ibu bapa dan pelatih-pelatih tarian serta kecergasan yang bertauliah.

 

Objektif-objektif dan aktiviti kempen IDance bukan sahaja tidak menggalakan gejala sosial malahan bertujuan untuk mengurangkan masalah sosial di kalangan para belia, terutamanya mereka yang meminati aktiviti tarian jenis hip hop, moden dan “breakdance”.

 

Ustaz Mohd. Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, telah memuji tindakan segera Pejabat Exco Belia dan Sukan untuk menganjurkan mesyuarat tersebut bagi menjelaskan isu tersebut. Pihak PAS berpuas hati bahawa kempen IDance bukan sesuatu perkara yang buruk malahan merupakan usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendekati para belia yang lebih suka kepada aktiviti yang rancak dan mencabarkan.

 

Berdasarkan maklumat dan penjelasan yang diberikan oleh EXCO Belia dan Sukan Negeri, Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang berpandangan bahawa IDance mempunyai unsur-unsur yang positif antaranya:

 

1.    Berpakaian sukan yang tidak menjolok mata dan berciri keselamatan.

2.    Riadah untuk kesihatan dan kecerdasan jasmani.

3.    Persembahan di tempat terbuka untuk mengelakkan aktiviti kurang sihat berbanding jika dilakukan di tempat tertutup.

4.    Boleh menjauhkan pengambilan pil khayal, dadah dan minuman memabukkan kerana IDance perlukan tumpuan dalam setiap langkah pergerakan tarian.

5.    Ada pemantauan dan bimbingan.

6.    Sebagai aktiviti alternatif, IDance boleh menarik belia-belia yang terlibat dalam aktiviti sosial yang negatif kepada kegiatan yang lebih berfaedah dan secara tidak langsung mengurangkan aktiviti-aktiviti negatif seperti disko, rempet dsb.

 

Dewan Ulamak PAS Pulau Pinang berpandangan:

 

1.    IDance boleh berjaya mencapai matlamatnya sekiranya pemantauan dan bimbingan dilaksanakan dengan baik sebagaimana yang telah diperjelaskan.

2.    Bersetuju bahawa IDance mampu menarik belia-belia yang terlibat dalam kegiatan yang negatif kepada aktiviti yang lebih berdaedah.

3.    Namun ia berkemungkinan boleh memberi ruang kepada pergaulan bebas, maka dicadangkan supaya belia-belia Muslim tidak dibenarkan bercampur jantina semasa mengadakan pertuntukan.  Adalah lebih baik, sekiranya belia-belia bukan Islam juga tidak bercampur jantina semasa aktiviti dijalankan.

 

Permintaan PAS supaya para belia beragama Islam yang mengambil bahagian dalam kempen tersebut tidak membenarkan percampuran antara jantina semasa menari telah mendapat persetujuan daripada wakil Exco Belia dan Sukan.


Pejabat Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada sesiapa pun yang ingin memberi cadangan, komen mahupun kritikan yang membina. Semua pihak diseru agar berbincang dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlebih dahulu supaya mempunyai penjelasan terhadap sesuatu isu sebelum membawa bantahan ke media massa.

 

Dalam hal yang berkaitan, bagi bantahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang tentang kempen ini menjadikan para pelajar sekolah sebagai sasaran, Pejabat Exco Belia dan Sukan ingin menegaskan bahawa ini merupakan suatu projek belia tanpa untung (“non-profit youth project”) dan tiada sebarang aktiviti komersial dan berunsurkan keuntungan kewangan dijalankan semasa kempen. 

 

p1210394_resize

Duduk (kiri-kanan): Oon Neow Aun (Ahli Majlis MPSP), Mohd. Fadzil Kemi (S/U PAS PP), Ust. Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya PAS PP), YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bkt Mertajam), YB Tan Cheong Heng (ADUN Padang Lallang), Sim Chee Keong (Pembantu Khas Exco Belia & Sukan PP), Ust. Soid Bin Md. Amin (Ketua Dewan Ulamak PAS PP)

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: