Pi Batu Kawan – Karnival Buah-Buahan dan Makanan 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan kerajaan Pulau Pinang seperti  PUSPANITA, MPSP, Jabatan Perikanan Negeri, Jabatan Pertanian Negeri, Majlis Belia Negeri dan Penang Chef Association akan menganjurkan Karnival Buah-buahan dan Makanan di Perkarangan Stadium Negeri Batu Kawan pada 26 hingga 28 Jun 2009. Tema karnival adalah “PI BATU KAWAN”.

Karnival ini diadakan sebagai usaha kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali suasana di Stadium Negeri Batu Kawan. Ini merupakan satu langkah yang dilakukan dalam membentuk Stadium ini menjadi Stadium Komuniti yang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan dikunjungi ramai. Berbagai program dan rancangan telah dirangka dalam membawa kembali kunjungan masyarakat ke kawasan Stadium Batu Kawan.

Karnival “Pi Batu Kawan” ini akan diadakan selama 3 hari bermula Jumaat 26hb Jun dan akan berlangsung sehingga hari Ahad 28hb Jun. Masa bermula adalah dari 9 pagi hingga 7 petang setiap hari. Pelbagai gerai jualan, dan aktiviti menarik telah diatur sepanjang berlangsungnya karnival ini. Fokus utama adalah pameran dan promosi buah-buahan tempatan dan makanan tempatan negeri Pulau Pinang.

Disamping itu, Penang Chef Association akan turut melakukan demonstrasi masakan ikan keli dan menganjurkan pertandingan memasak yang terbuka kepada semua suri rumah dan warga wanita penduduk setempat di sekitar kawasan Batu Kawan. Kepada mereka yang tidak pernah melihat seni ukiran Ais, Buah-buahan dan ukiran pada sayuran, datanglah menyaksikan kehebatan chef-chef tersohor yang akan menunjukkan bakat mereka pada bidang seni ukiran yang mampu menawan hati semua yang melihatnya.   Jabatan Perikanan Negeri akan turut sama membuat promosi ikan keli dan ikan-ikan air tawar sebagai menarik sambutan dan minat kepada masyarakat terhadap ikan-ikan dari jenis air tawar.

Selain itu, aktiviti lain yang dirancang adalah penjualan dan demonstrasi barangan kraftangan dan lain-lain acara sampingan seperti Pertandingan Mewarna, Persembahan Pentas, Acara Mencari Harta Karun, Senamrobik, Tarian Line Dancing dan sebagainya.

Karnival ini turut akan menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan lain seperti pertunjukkan motosikal mini (pocketbike), permainan kereta kawalan radio, permainan kapal terbang kawalan radio, Go-Kart, demonstrasi basikal BMX yang dijangka menarik minat ramai belia-belia negeri Pulau Pinang.

Pengunjung turut akan disajikan dengan persembahan dan pertunjukan demo sukan-sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA nanti oleh atlet-atlet negeri. Antaranya ialah demonstrasi Silat, Silambam, Taekwondo, Gimnastik, Gimrama dan sebagainya kepada semua.

Karnival ini adalah terbuka kepada semua penduduk Pulau Pinang dan semua negeri-negeri wilayah utara dan masuk adalah percuma. Jadi saya pada hari ini menjemput semua warga Pulau Pinang untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana karnival yang telah diatur ini.  Bawalah bersama ahli keluarga masing-masing dan sama-sama menikmati dan mengunjungi setiap gerai atau pameran yang telah diatur.

Download Aturcara Program
Page 1
Page 2
Page 3

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: