”PI BATU KAWAN – KARNIVAL BUAH-BUAHAN & MAKANAN 2009”

batukawan1

batukawan2

batukawan3

batukawan4

MAJLIS PERASMIAN ”PI BATU KAWAN – KARNIVAL BUAH-BUAHAN & MAKANAN 2009”,BERTEMPAT DI PERKARANGAN STADIUM BATU KAWAN,PULAU PINANG

Sepertimana yang kita sedia maklum, program ”Pi Batu Kawan-Karnival Buah-buahan dan Makanan 2009” ini dianjurkan oleh MMK Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dengan kerjasama Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan & pihak Swasta. Karnival ini dianjurkan untuk mempelbagaikan lagi aktiviti dan program berbentuk komuniti bagi mempromosikan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai Stadium Komuniti yang aktif dan interaktif untuk semua lapisan masyarakat.

Saya ingin memaklumkan bahawa Program ”Pi Batu Kawan – Karnival Buah-buahan dan Makanan 2009” akan menjadi acara tahunan dan dimuatkan di kalendar MMK Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti saya. Saya juga yakin, program ini akan menjadi satu produk pelancongan berbentuk agro di Negeri Pulau Pinang.

Hadirin yang dihormati sekalian, Jawatankuasa Pengelola telahpun menyusun atur beberapa program dan acara sampingan pada hari ini bagi memeriahkan lagi program “Pi Batu Kawan – Karnival Buah-buahan dan Makanan 2009”. Acara yang pasti menarik dan dinanti-nanti ialah pertandingan memasak dan gubahan dan masakan ala-kampong secara bergotong-royong yang dikelolakan oleh JKKK Daerah Seberang Perai Selatan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan penghargaan saya kepada Persatuan-persataun Sukan, Ahli-ahli Kelab Sukan & Rekreasi dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program “Pi Batu Kawan – Karnival Buah-buahan dan Makanan 2009”. Saya yakin gandingan yang mantap dan konsep “smart partnership” seperti ini akan berterusan di masa-masa yang akan datang.

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: