PERTANDINGAN GOLF TYT TERBUKA 2009

TYTGolf-1

TYTGolf-2

TYTGolf-3

TYTGolf-6

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan kerana sudir hadir untuk bersama memeriahkan lagi ”Pertandingan Golf Terbuka TYT 2009” pada hari yang berbahagia ini.

Keprihatinan dan sokongan padu Tuan Yang Terutama dan Toh Puan dalam pembangunan serta kemajuan sukan negeri Pulau Pinang adalah amat besar maknanya kepada kami di Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan semua atlet-atlet negeri serta pegawai sukan negeri Pulau Pinang.

Tuan Yang Terutama dan Toh Puan telah banyak menabur bakti serta jasa kepada Majlis Sukan Negeri melalui penganjuran pertandingan amal seperti ”Pertandingan Menembak Sempena Hari Jadi TYT” dan ”Pertandingan Golf TYT Terbuka” yang bertujuan mengutip dana untuk pembangunan sukan negeri Pulau Pinang. Selain itu, lawatan Tuan Yang Terutama dan Toh Puan ke bangunan Majlis Sukan Negeri pada awal bulan Jun lalu turut telah menyemarakkan lagi semangat atlet-atlet negeri untuk terus gigih berlatih demi mencapai kegemilangan di persada sukan yang diceburi mereka.  

Di dalam memastikan bidang sukan di negeri Pulau Pinang mencapai tahap yang tinggi, program serta strategi pembangunan menyeluruh telah dirangka dan dilaksanakan sebagai pemangkin kepada menaikkan taraf mutu sukan negeri Pulau Pinang.  Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri sememangnya amat komited dalam pembangunan sukan negeri serta memberikan yang terbaik kepada semua bidang sukan yang ada.  Ini termasuk mencungkil bakat-bakat baru yang semakin menyinar di bidang sukan. Setiap perancangan dan pembangunan sukan akan diteruskan sepenuhnya demi memastikan mutu sukan negeri sentiasa bergerak maju tanpa apa-apa halangan yang mampu menjejaskan pembangunan sukan yang dicari.

Selain menitik beratkan mutu pembangunan sukan negeri, Kerajaan Negeri dan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang turut sama akan menganjurkan satu Majlis Anugerah Sukan Negeri Pulau Pinang pada 8 Ogos 2009, jam 8.30 malam bertempat di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi bagi memberi penghargaan kepada atlet dan pegawai sukan yang telah mengharumkan nama negeri dan Negara melalui kejayaan cemerlang dalam bidang sukan mereka. Pada malam tersebut. atlet yang cemerlang di peringkat antarabangsa atau dunia akan dipilih untuk menerima  Anugerah Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: