妇女是时候提升与男性平起平坐

1

2

3

4

5

6

7

Teks Ucapan YB Puan Lydia Ong Kok Fooi Pada Bengkel Kesaksamaan Gender di Kepala Batas

Salam sejahtera dan selamat pagi kepada Puan-Puan dan Tuan-Tuan yang hadir pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Bengkel Kesaksamaan Gender diatas kejayaan menganjurkan Bengkel Kesaksamaan Gender versi Bahasa Malaysia pada hari ini di Kepala Batas.

Untuk makluman Puan-Puan dan Tuan-Tuan sekalian, bengkel pada hari ini merupakan bengkel ketiga yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri untuk mewujudkan kesedaran dalam memahami konsep berkenaan gender dan kesaksamaan gender di kalangan kaum wanita dan juga lelaki di Negeri Pulau Pinang.  

Saya merasa amat bangga kerana bengkel ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan atas dorongan ini (terutamanya melalui sokongan daripada puan-puan dan tuan-tuan sekalian). Saya yakin dan pasti kaum wanita akan berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kita adalah seiring dan akan berdiri sama rata dengan kaum lelaki dalam mengecapi arus pembangunan negara.

Perjuangan untuk meningkatkan taraf dan kedudukan wanita bagi mencapai kesaksamaan gender tidak akan diperolehi sepenuhnya sekiranya pemahaman konsep gender dan kesaksamaannya tidak difahami oleh masyarakat secara keseluruhannya. Konsep gender berkaitrapat dengan tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap tugas dan peranan antara wanita dan lelaki. Cabaran utama kita ialah mengubah tanggapan, persepsi serta mentaliti masyarakat terhadap peranan dan sumbangan wanita yang semakin meningkat.

Sesungguhnya sebagai seorang wanita, ibu, isteri, anak dan pekerja yang mempunyai tanggungjawab luas di rumah ataupun pejabat,   kita seharusnya membuktikan bahawa kini sudah tiba masanya untuk kaum wanita bangun dan bersama meningkatkan keupayaan dan semangat daya saing setiap orang wanita untuk berdiri sama gagah dengan kaum lelaki.

Justeru itu, dalam memperbaiki dan menggalakkan perkongsian tanggungjawab, kita sebagai seorang wanita harus bekerja bersama dalam usaha menyedarkan masyarakat akan kepentingan kesaksamaan gender. Dalam menangani persekitaran arus globalisasi khususnya pada masa kini, kaum wanita perlu sentiasa berfikiran positif dan menyedari bahawa wanita kini bukan hanya berperanan menjaga hal ehwal rumah tangga sahaja tetapi turut sama memainkan peranan sebagai pekerja, usahawan dan penyumbang yang berdaya saing seiring dengan golongan lelaki. Pengupayaan wanita serta penglibatan wanita secara langsung dan aktif dalam semua aspek pembangunan baik dari segi sosial, politik dan ekonomi amatlah mustahak untuk pembangunan kaum wanita dan Negara.

Kesaksamaan gender yang ditegaskan ini memang kena dengan masa sekarang kerana wanita hari ini telah mendapat pendidikan yang tinggi dan jauh bezanya dengan wanita masa lalu. Kemampuan wanita kini semakin terbukti. Wanita hari ini bukan saja semakin diterima sebagai pemimpin, ahli politik, wanita berkerjaya atau usahawan yang berjaya, malah kepimpinan serta kebijaksanaan wanita kini semakin mengatasi lelaki dalam pelbagai hal. Yakni, melalui bengkel kesaksamaan gender pada hari ini, saya berharap ia dapat membentuk dan memantapkan generasi wanita pada masa kini supaya kita lebih berpengetahuan, lebih berpengalaman dan lebih berwibawa dalam menangani cabaran gender yang dihadapi dengan jiwa yang kental, fizikal yang tangkas dan akal yang bijaksana.

Untuk tidak melengahkan masa dan membolehkan bengkel hari ini diteruskan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini dan juga kepada tiga orang pensyarah kita pada pagi ini iaitu dari AWAM dan KANITA yang sudi berkongsi pendapat, pengalaman dan cadangan mereka dalam perihal konsep kesaksamaan gender.   Kerajaan Negeri melalui MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti mengharapkan bahawa segala yang dimaklumkan dan dipelajari dari bengkel kesaksamaan gender pada hari ini dapat dipratikkan serta dijadikan iktibar dan dorongan kepada semua kaum wanita untuk lebih berjaya dalam hidup disamping berkeyakinan tinggi dalam menangani cabaran yang mendatang.

 (甲抛巴底讯)槟州妇女、家庭及社会发展委员会主席王国慧行政议员希望透过主办更多的性别平权工作营,可以提升社会大众对两性平等的意识。

此项“性别平权工作营”是以国语为媒介语,也是槟州妇女、家庭及社会发展委员会属下的「性别主流化小组」联办的第3场工作营,之前的两场工作营,即英语及国语,分别在槟城和大山脚举行,通过主办系列工作营藉此提高州内男性与女性对两性平权的意识及概念。

她深信在国家发展主流中,妇女可以向全世界证明她们是可以跟男性平起平坐的,惟,若社会大众对两性平等的概念没有充分的了解,意味着妇女争取提高在社会上地位之斗争,仍无法真正达到目标。

“性别概念与社会大众对男女之间的任务及所扮演的角色是息息相关的,身为妇女一份子,最大的挑战就是要改变大众对妇女长期以来所持有的刻板观念及思维。”

她认为,妇女的角色是介于母亲、妻子、女儿及职业女性,妇女向来在家里和办公室都肩负着重任,目前是时候提升妇女的竞争力,与男性平起平坐了。

因此,她说,身为妇女一份子,更应该努力去提升社会大众对男女平权的醒觉,尤其是跟随着周遭环境而改变,妇女必须思想积极,明白女性并不纯粹只是扮演着家庭主妇的角色,另方面也是职业女性、女企业家和从政治工作者,可以与男性一争长短,在国家朝向前进的道路上,妇女积极参与各领域的发展,占了重要的一环。

她指出,现今的妇女有机会接受高深教育,她们的工作能力已受到肯定,妇女不只是领袖、政治人物和成功的企业家,在某些方面而言,甚至远远的超越男性的成就,所以,寻求性别平权是势在必行的,希望通过主办类似工作营,可以训练出一些知识型及具备领导能力的妇女。

此项工作营共有3名主讲人,包括来自妇女行动协会(AWAM)的杨秀萍及哈斯丽娜,以及槟城理科大学妇女发展研究中心高级讲师诺莱达。

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: