Majlis Anugerah Sukan 2008 & Pameran Kecermerlangan Sukan

Sukacitanya dimaklumkan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bagi pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Malam Anugerah Sukan 2008 pada hari Sabtu ini, 8 Ogos 2009 bertempat di Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi.

Tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada atlet-atlet Pulau Pinang yang telah mencapai kejayaan sukan secara cemerlang di persada sukan  peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta untuk merapatkan lagi hubungan di antara semua persatuan-persatuan sukan Negeri Pulau Pinang dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.IMAG0390

Pada Malam Anugerah Sukan 2008 ini, sebanyak 12 Anugerah akan diberikan kepada tokoh-tokoh sukan gemilang Negeri Pulau Pinang yang merangkumi Anugerah seperti berikut:-

  • Anugerah Tokoh Pemimpin Sukan 2008
  • Anugerah Jurulatih Terbaik 2008
  • Anugerah Pasukan Lelaki 2008
  • Anugerah Pasukan Wanita 2008
  • Anugerah Olahragawan Paralimpik 2008
  • Anugerah Olahragawati Paralimpik 2008
  • Anugerah Penghargaan Atlet Cemerlang Negeri (Khas) 2008
  • Anugerah Atlet Cemerlang Negeri (Lelaki) 2008
  • Anugerah Atlet Cemerlang Negeri (Wanita) 2008
  • Anugerah Olahragawan 2008
  • Anugerah Olahragawati 2008
  • Anugerah Perdana T.Y.T. Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan telah berkenan untuk hadir dan seterusnya  menyampaikan Anugerah Perdana TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada malam gemilang ini.

Majlis Anugerah Sukan ini sememangnya merupakan sebuah majlis pengiktirafan yang ditunggu-tunggu saban tahun oleh pengiat-pengiat sukan negeri Pulau Pinang. Ini kerana dimajlis inilah kebanyakan ahli-ahli sukan akan berkumpul bagi meraikan kejayaan para atlet yang telah berjaya mengharumkan nama negeri mahupun negara.

Sesungguhnya, tahun depan merupakan tahun yang amat penting serta mencabar  untuk mempersiapkan jentera sukan dan atlet-atlet sukan negeri supaya mereka bersedia dan mempunyai semangat juang yang kuat dari segi fizikal, dan mental untuk menghadapi SUKMA KE-13, 2010 di Melaka.

IMAG0394

Disamping itu, Jawatankuasa Pengelola akan mengadakan pameran untuk atlet-atlet yang dicalonkan termasuk piala, pingat, peralatan yang dimenang dan pernah digunakn oleh jaguh-jaguh sukan negeri dari zaman kemerdekaan sehinggalah sekarang.  Para pengunjung akan dibawa melalui terowong masa untuk menyingkap kembali zaman-zaman kecemerlangan sukan negeri Pulau Pinang.

Antara peralatan yang menjadi kemuncak pameran ialah “Racket Squash” dan “Kemeja T” yang digunakan atau disarung oleh Dato’ Nicol David ketika pertama kali bermain di pertandingan peringkat antarabangsa.

Malahan turu dipamerkan ialah Pingat Perak Sukan Olimpik Beijing 2008 yang berjaya dirangkul oleh Dato Lee Chong Wei, yang mengharumkan nama negara di temasya sukan terbesar dunia.

Sudut pameran turut  menyediakan gambar kemenangan Piala Thomas yang dimenangi oleh Skuad Badminton Pasukan Malaya sebelum zaman kemerdekaan pada tahun 1952. Ini termasuk koleksi gambar pemain badminton dari zaman Dato’ Eddie Choong,  Wong Teng Soon dan Ooi Tek Hock.

Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk mewujudkan “Hall of Fame” untuk mempamerkan bahan-bahan atlet-atlet sukan negeri yang telah berjaya mengharumkan nama Negeri Pulau Pinang suatu masa dahulu sehinggalah sekarang.

Pameran ini adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warga Pulau Pinang untuk datang menyaksikannya. Pameran akan berlangsung selama 2 hari iaitu bermula jam 12.00 tengahari pada hari Sabtu, 8 Ogos 2009 sehinggalah ke hari Ahad 9 Ogos 2009.

Saya menyeru semua peminat sukan dan pelajar-pelajar sekolah untuk datang menyaksikan koleksi-koleksi yang tidak ternilai ini disamping mempelajari serta menghayati jasa kecermerlangan sukan yang telah ditunjukkan oleh atlet-atlet sukan Negeri Pulau Pinang.

Sekian terima kasih.Majulah Sukan Untuk Negara.

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: