ADUN BERAPIT SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA FAKIR

BUKIT MERTAJAM-ADUN Berapit YB Pn Ong Kook Fooi telah bersama-sama dengan umat Islam dari Kampung Kovil, Kampung Flat Bukit Noning dan juga penduduk Taman Mutiara Indah.

Majlis berbuka puasa di adakan di padang awam Taman Mutiara Indah dimana mendapat kerjasama dari Jawatankuasa Surau Taman Mutiara Indah dan juga penduduk setempat. Majlis di dahului dengan ucapan YB Ong Kook Fooi dimana beliau menjelaskan bahawa majlis berbuka puasa muhibbah ini adalah kali kedua diadakan bersama umat Islam di kawasan DUN beliau.

Seramai 20 fakir menerima sumbangan beras dan barang keperluan dapur sempena dengan majlis berbuka puasa dan juga ramah mesra bersama penduduk dibawah kawasan beliau.

Dalam majlis yang sama beliau juga menjelaskan kepada penduduk bahawa pejabat beliau yang bertempat di kawasan Taman Tampoi Indah ,Kampong Baru Bukit Mertajam , boleh dilawati dari Isnin hingga Sabtu kecuali hari Khamis.

YB Ong Kook Fooi juga menjelaskan bahawa pegawai khas beliau En Suhaimi b Mukthar adalah pegawai khas beliau yang dilantik bagi menjaga kebajikan dan juga bagi warga emas yang berumur 60 tahun yang belum mendaftar sebagai warga emas bolehlah mendaftar di pejabat beliau, malahan beliau juga meluluskan sebuah unit komputer untuk surau Taman Mutiara Indah, sebuah printer dan juga 3 buah kipas kilang untuk kemudahan penduduk kawasan tersebut.

 Majlis buka puasa di Tmn Mutiara Indah 1

Majlis buka puasa di Tmn Mutiara Indah 2

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: