JAMUAN MAKAN MALAM HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI

JAMUAN MAKAN MALAM HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI JAMUAN MAKAN MALAM HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI DI PEN MUTIARA

JAMUAN MAKAN MALAM HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI

JAMUAN MAKAN MALAM HARI RAYA AIDILFITRI DAN DEEPAVALI

Saya berasa amat gembira pada malam ini kerana dapat bersama-sama meraikan jamuan makan malam sempena Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Deepavali yang akan menjelang tiba. Saya ingin menyeru kepada semua para Atlet supaya terus berlatih dengan lebih gigih kerana SUKMA XIII Melaka 2010 yang akan diadakan pada 10 hingga 19 Jun 2010 hanya tinggal 240 hari sahaja.

Pada tahun ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Sukan Pulau Pinang atau SUKPEN IV 2009 pada 1 hingga 7 Disember 2009 di mana kelima-lima Daerah di Pulau Pinang akan mengambil bahagian dalam hampir kesemua acara sukan dalam usaha untuk mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi. Saya juga yakin dengan penganjuran SUKPEN IV 2009 ini, kemajuan sukan diperingkat daerah dalam aspek organisasi kepimpinan, kejurulatihan, pembangunan atlet dan kemudahan prasarana sukan dapat dipertingkatkan. Selain daripada SUKPEN IV 2009 ini, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Festival Sukan Kombat atau FESKOM 2009 dari 16 hingga 31 Disember 2009 bertaraf antarabangasa. Sebanyak 8 sukan akan dipertandingkan semasa FESKOM 2009 ini iaitu Karate-do, Wushu, Pencak Silat, Taekwando, Tinju, Silambam, Judo dan Lawan Pedang. FESKOM 2009 ini juga akan memeriahkan lagi bulan Pesta Pulau Pinang kerana sebahagian besar daripada sukan kombat ini akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Selain daripada itu, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara dan Jabatan Belia & Sukan untuk menjaga kebajikan Atlet Paralimpic di Pulau Pinang.

Pada tahun 2010, MMK Belia dan Sukan dengan kerjasama Ahli-ahli Persatuan dan Kelab-kelab Sukan dan Rekreasi akan menganjurkan sebanyak 43 acara sukan pelancongan atau “Participative Sports” di Pulau Pinang. Ini akan menempatkan Pulau Pinang sebagai sebuah bandaraya yang aktif dalam penganjuran sukan pelancongan atau “Participative Sports”. Baru-baru ini semasa di Tourism Promotion Organization for Asia Pacific-General Assembly di Sabah, Pulau Pinang telahpun memenangi anugerah “Best Print Advertisement” untuk sukan pelancongan atau “Participative Sports”. MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang juga telahpun melancarkan “Calendar of Events 2009” yang bertemakan “Be Amazed” dan ianya akan terus mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi sukan pelancongan atau “Participative Sports” yang terunggul di dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian, saya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurus Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang sentiasa mengganggap atlet-atlet dan ibu bapa serta persatuan-persatuan sukan sebagai ahli keluarga kami dan akan memberi sokongan dan bimbingan dalam apa juga masalah yang dihadapi. Walaupun dalam keadaan kekangan peruntukkan, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang akan cuba sedaya upaya untuk membantu para atlet dan persatauan-persataun sukan di Negeri Pulau Pinang.

Akhir kata, sebelum mengakhiri ucapan saya pada petang ini, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada petang ini dan sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya:

Baju kurung maupun sari

Cantik berseri di hari bahagia

Deepavali maupun Aidilfitri

Kita bersama berkongsi raya.

Pulut dan lemang juadah asli

Kari dan rendang menambah selera

Selamat DeepaRaya ucapan diberi

Buat semua yang ada disini.

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: