Sukan Malaysia (Sukma) XIII

PULAU PINANG – Pulau Pinang meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan pada Sukan Malaysia (Sukma) XIII yang akan bermula di Melaka, Khamis ini.

Ketua kontinjennya, Lydia Ong Kok Fooi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri berkata, untuk mencapai matlamat tersebut, Pulau Pinang mesti membawa pulang sekurang-kurangnya 42 emas daripada Temasya dwitahunan itu.

Katanya lagi, antara acara utama yang menjadi sasaran negeri kontijen Pulau Mutiara itu adalah karate, olahraga, skuasy, tenis, memanah dan gimnastik.

“Kita yakin keenam-enam acara tersebut mampu memberikanpingat emas berikutan kejayaan atlet pada temasya 2008 di Terengganu, di mana karate telah menggondol enam emas pada hari pertama sukan itu.

“Saya percaya semua atlet telah membuat persediaan yang secukupnya dari segi mental, fizikal dan emosi sejak tahun lepas untuk mencabar kebolehan peserta dari negeri-negeri lain.

“Namun apa yang lebih penting, kita mahu melahirkan ramai atlet di peringkat antarabangsa. Kita mahu atlet hebat negara ini berasal dari Pulau Pinang, walaupun kita ketahui ia sukar untuk dicapai berbanding pada era 80an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan bendera kepada ketua kontinjen Pulau Pinang ke Sukma XIII berdi Kompleks Pencak Silat, Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) di sini semalam.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas bersama isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Lydia berkata, kerajaan negeri akan memberikan insentif khas kepada mereka yang berjaya meraih pingat di Sukma.

Katanya, RM3,000 akan diberi kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas, RM2,000 untuk pingat perak dan RM1,000 bagi pingat gangsa.

“Bagi acara berpasukan yang kurang daripada lima orang, bayaran insentif sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada setiap atlet yang berjaya mendapat pingat emas, RM700 bagi pingat perak dan RM500 bagi pingat gangsa manakala bagi acara berpasukan yang lebih daripada lima mereka akan menerima wang tunai daripada RM500 setiap seorang hingga RM200.

“Selain itu, satu lagi insentif atau hadiah khas akan diberikan kepada atlet yang berjaya memecah rekod pada temasya itu nanti,” katanya.

Pada Sukma dua tahun lalu, Pulau Pinang menduduki tangga kelapan dengan pungutan 27 emas keseluruhan, 31 perak dan 47 gangsa.

Advertisements
Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: